Rock On

Rock On
Aku Sayang Mereka

Monday, November 19, 2012

Mengingati Mati itu Wajib

Kehilangan 

Selalu bila kita menghadapi kematian sanak saudara hanya linangan air mata sayu dan perasaan yang bercampur baur menggiringgi pemergian insan yang tersayang. Tak kisah ibu,ayah ,siblings, sanak saudara mau pun sahabat baik yang penting seislam dengan kita. So..kehilangan pertama aku x berapa ingat tapi sahabat kolej aku seorang perempuan meninggal setelah seminggu bertunang dan tunang dia tu kawan sekolah aku. Boleh imagine x apa perasaan tunang dia tu. Tapi mungkin ada hikmah yang ada disebalik pemergiannya. Kawan sekolah aku tu dah kahwin pun sekarang. Second time kawan sekolah excident lepas hantar cinta hati dia balik. Arwah seorang yang senyap so masa kat sekolah aku kenal dia gitu2x je dia ni good looking jugakla tapi umur x panjang itu rezeki dia. Yang ketiga aku tak berapa ingat tapi rasanya ayah kepada sahabat baik aku sehari lepas birthdate aku. So aku temankan smpai kebumikan jenazah, aku tak berapa kenal sangat ayah kawan aku ni aku cuma kenal dari cerita2x yang diceritakan oleh kawan aku ni. Selalu aku menghadapi kehilangan2x dari rakan sekeliling dan tak pernah rasai perasaan itu dan aku berharap tidak mau ada sekelumit perasaan itu. Tapi itu cuma apa yang kita nak bukan apa yang dah di takdirkan untuk kita dan saat untuk aku dan keluarga hadapinya. 2 kehilanga berturut. Meruntun jiwa kami dan meninggalkan kesan yang takkan terlihat dik mata kasar . Pertama kehilangan nenek tak terasa sangat waktu dia paralyze akibat strok aku dapat jaga dia selama 6 bulan walaupun dia tak berkata-kata mcm dlu aku rasa puas jaga nenek. Pemergian dia selepas 2 minggu aku pulang ke Malaysia. Cuma rasa terkilan aku x dapat tgk jenazah dia buat kali terakhir sebab kami terlambat sampai. Faham2x je la jalan kat Singapore x sama kat Malaysia Tanah Tumpah Darah Ku. Aku stay kat sana 1week parents ngan siblings aku balik dlu. Jadi dalam masa 40 hari nenek meninggal aku kerap ke Singapura untuk turut serta dalam majlis tahlil. beberapa hari sebelum tahlil ke 40 arwah nenek aku masih di Singapura entak kenapa hati aku ni berat betul nak berbual dengan atuk. Atuk aku waktu tu dah nyanyuk dan tidak punya penglihatan yang normal. Aku hanya lihat atuk dari jauh mulut macam ada emas yang berat aku pun tinggalkan rumah nenek sekali lagi. Beberapa hari aku ingat lagi waktu tu aku dah tido tiba2x aku dengar suara angah "long esok ko ikut ayah balik singapore, atuk dah takde" mata aku masih tertutup dan aku biarkan kata-kata itu. Bangun pagi mak pula tegur"long x kemas baju" aku jawab"nak pergi mana?" mak pun bagi tahu yang atuk dah takde jadi aku akan teman ayah dan kami tumpang angah jai dan abg amad. Perjalanan sunyi timbul penyesalan dalam hati aku kenapalah aku tak tegur atu kalau tidak sebelum ni mesti aku akan cium tangan dan pipi dia. Hanya tangisan didalam hati yang dapat aku dengar. Sampai je,jenazah atuk dah ada di bawah aku mengeluh x dapat tgk lagi. Sampai di tanah perkuburan Ustaz tanya siapa nak lihat jenazah buat kali terakhir.Alhamdulillah dapat juga aku lihat wajah atuk. Walaupun air mata dah kaburkan penglihatan aku. Esok ayah, angah jai dan abg amad bergerak balik aku tggal di Singapura untuk beberapa hari lagi dan malam lusa genap 40 hari arwah nenek tinggalkan kami dan 3 hari atuk pergi.Kehilangan yang berturut.

Dan tanggal 17 November berita kehilangan adik sahabat aku dikahabarkan kepada aku. Sedih juga kerana cara ajalnya dia dilanggar lori pasir dan isi otaknya tercampak 10 meter dari tempat kejadian. Arwah baik dan sepanjang aku kenal dia dan kakaknya tidak pernah ada percakapan yang tidak elok dari dia. Hari ni genap 4 hari pemergiannya. Dia seorang perajurit muda(tudm)malam penggebumiannya ramai yang datang walaupun waktu tu jam dah lepas 12.00 tengah malam. Sempat juga aku lihat wajahnya buat kali terakhir kesan calar masih ada disebelah kanan muka arwah walaupun begitu muka arwah nampak mcm orang tengah tido. Pengebumiannya penuh dengan adat istiadat ketenteraan. Dan semalam aku serta yana temankan keluarga Arwah kami tido dirumahnya. Kesedihan masih terasa di hati masing2x, tapi kami menyorokkan kesedihan itu dengan sedikit gelak ketawa. Semoga roh Jazli di cucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan mereka yang beriman.

Dan aku masih menanti saat kematian untuk aku kelak,moga sempat aku menggucapkan kalimah Allah s.w.t dan mati dalam islam. Amin Ya Rab...

No comments:

Post a Comment