Rock On

Rock On
Aku Sayang Mereka

Wednesday, February 20, 2013

Bawa group

Seperti yang korang tahu la. aku ni kerja kat travel agent kepunyaan keluarga pakcik aku. So..kerja aku lebih focus pada tempah dan issue tiket jadi nak berjalan2x bw group ni tengok kesempatan la. kalau dateline nak issue tiket xde aku dapat la pergi. Nak dijadikan cerita Allah s.w.t telah memberikan rezeki kepada aku untuk accompany fairuz beserta anak bos. Pasal anak bos aku malas nak cerita la sebab tidak berminat. Jadi aku pun berangkat la ke Indonesia beserta 27 orang peserta. Permulaan yang ok, cuma prob dtg bila aku tgl kan diorang check in sendiri. Sebabnya nak carikan anak bos punya ubat n nak bawa dia makan. (Kesalahan pertama aku)..Flight delay hari tu sebab tgu aku!!!!percaya x!!! gila!!tapi betul sebab aku kena ajar bos aku issued tiket secara phone. hahahahahkkk tuih..Sian passengers dalam flight tu termasuk group aku(letak tangan kat bahu, anak mata pandang atas. ckp 'ada aku kisah'). Ok start la perjalanan kita orang yang tak seberapa meriah tu kan. And sampai la kat jakarta lebih kurang jam 5 ptg WIB. Kat sana bila sampai pakai VOA apa tu VOA?maksud nya visa on arrival la mcm pi singapore la dapat white card tu. Tu pun masalah aku duk tnggu depa naik bas nak ke terminal so aku la paling last kan sampai kat terminal ada lagu mereka2x yang tidak mengisi white card so nak kena tgu lagi kan. Tunggu punya tunggu last pakcik satpam tu sound 'segera di isi bentar lagi ada yang nyampai' maksud dia cpt la buat kerja tu sat lagi mai lagi satu flight. Aku masih lagi bantu yang tak fasih mengisi white card. Tiba2x salah sorang dari geng tu sound 'Juara-juara cepat skit' sambil mengumpat 'macam aku plak juara'. aku dengan kesabaran yang bersisa lagi sekepal aku pun terus tolong sambil menyuruh yang dah siap pergi dlu.(Kesalahan kedua aku).So dah settle tgu ambik beg dan naik bas untuk makan tengah hari.Ye ke makan tengah hari aku rasa dah kategori minum petang kut cum makan malam. Dah makan aku pun start borak dgn salah satu family dalam group tu. Aku diterima baik oleh keluarga tu at least adalah dari mereka yang ok kan. Selesai makan ada yang bersolat aku ambik kesempatan ke WC.Tau x apa tu(toilet la) sebab kami bertiga cuti. Burp!!!! kenyang fisrt time makan makanan indonesia asli.Setelah itu kami bergerak ke Bandung purata perjalanan lebih kurang 4-5 jam. Tapi disebabkan hari yang kami sampai hari libur kat Indonesia so macet nya adalah dalam 8 jan atas bas tu, tapi ada juga stop kejap kat R&R diorang.
[[sambung esok]]

Thursday, January 24, 2013

Makan...Makan...+Comel

As Salam All's....

Telah beberapa minggu ni aktiviti utama kami adalah makan n makan n makan seperti senarai di bawah:

1) Johnny's (Kat Aeon Au)

Ni restoran steamboat la. Bos aku ni memang suka makan steamboat dalam setahun tu lebih sepuluh kali satu ofis akan makan kat sana. Raikan staff baru masuk, raikan staff benti, raikan hari jadi, rai raikan segala-galanya. Sebelum ni tempat steamboat yang fav Coca namanya(kat subang parade). So tahun ni baru sekali je makan kan Johnny's sebab meraikan pemergian Ipin(staff practical dari cawangan melaka).

2) Food testing kat UKM

Ofis aku ni travel agencies so ada pakej umrah la kan? Jadi asalnya food testing ni bab nak bawa group ni jadi cater kita orang kat Saudi. Ok masing2x tengah lapo. Last2x we got the supprice nasi madi yall's (ayam n Kambing) Side dish udang masak merah, kari ayam kampung yang paling best ikan siakap 3 rasa. Satu meja cuma 5 orang padahal set up untuk 10 orang so bayangkan kegilaan kami makan. Time tu xde controlnya ayu2x ni...

3) Dominos Pizza

1 1/2 jam yall's nak tgu. Bos aku dah naik ijau tau. 2 extra large extravaganza, garlic twist bread n lasagna. Lepas aku call tgu 30 jam la kan. Diorang call balik salah tempat diorang nak htr so, masih boleh sabar lagi(bab aku dah mentekedarah dlu). Sejam lepas tu aku cll ces ada ke dia kata 10 minit lagi. Cakap dengan nada yang relaks begini aku kata pada mereka:

Dominos:Hello cik...

Aku:Saya dah tgu pizza 11/2 jam ok. tapi pizza tak mai lagi. Mak saya dah nak ijau dah(kes bohong)ok saya tak nak coupon free saya nak benda lain kat sana.

Domino:Dalam system tgal 2 minit lagi cik,

Aku:Apa 2 minit lagi saya dah tgu 1 1/2 jam ok nak tambah lagi berapa minit lagi (nada masih control).

Dominos: Saya past cik pada help desk.

---------------------------------------------------------------------------------------------------
Setelah beberapa kali aku di past calling. Akhirnya manager out let call aku dah rasa nak cancel je. Tak pun aku x nak bayar bila dia sampai kan?. Tapi disebabkan bos aku yang bayar so terima je la. So janji manager tu aku trs dapat je pizza regular free bila2x aku nak. ok la tu..

ok la edisi makan2x cau dlu next time cerita lagi.Selamat tahun baru ok...

Monday, November 19, 2012

Mengingati Mati itu Wajib

Kehilangan 

Selalu bila kita menghadapi kematian sanak saudara hanya linangan air mata sayu dan perasaan yang bercampur baur menggiringgi pemergian insan yang tersayang. Tak kisah ibu,ayah ,siblings, sanak saudara mau pun sahabat baik yang penting seislam dengan kita. So..kehilangan pertama aku x berapa ingat tapi sahabat kolej aku seorang perempuan meninggal setelah seminggu bertunang dan tunang dia tu kawan sekolah aku. Boleh imagine x apa perasaan tunang dia tu. Tapi mungkin ada hikmah yang ada disebalik pemergiannya. Kawan sekolah aku tu dah kahwin pun sekarang. Second time kawan sekolah excident lepas hantar cinta hati dia balik. Arwah seorang yang senyap so masa kat sekolah aku kenal dia gitu2x je dia ni good looking jugakla tapi umur x panjang itu rezeki dia. Yang ketiga aku tak berapa ingat tapi rasanya ayah kepada sahabat baik aku sehari lepas birthdate aku. So aku temankan smpai kebumikan jenazah, aku tak berapa kenal sangat ayah kawan aku ni aku cuma kenal dari cerita2x yang diceritakan oleh kawan aku ni. Selalu aku menghadapi kehilangan2x dari rakan sekeliling dan tak pernah rasai perasaan itu dan aku berharap tidak mau ada sekelumit perasaan itu. Tapi itu cuma apa yang kita nak bukan apa yang dah di takdirkan untuk kita dan saat untuk aku dan keluarga hadapinya. 2 kehilanga berturut. Meruntun jiwa kami dan meninggalkan kesan yang takkan terlihat dik mata kasar . Pertama kehilangan nenek tak terasa sangat waktu dia paralyze akibat strok aku dapat jaga dia selama 6 bulan walaupun dia tak berkata-kata mcm dlu aku rasa puas jaga nenek. Pemergian dia selepas 2 minggu aku pulang ke Malaysia. Cuma rasa terkilan aku x dapat tgk jenazah dia buat kali terakhir sebab kami terlambat sampai. Faham2x je la jalan kat Singapore x sama kat Malaysia Tanah Tumpah Darah Ku. Aku stay kat sana 1week parents ngan siblings aku balik dlu. Jadi dalam masa 40 hari nenek meninggal aku kerap ke Singapura untuk turut serta dalam majlis tahlil. beberapa hari sebelum tahlil ke 40 arwah nenek aku masih di Singapura entak kenapa hati aku ni berat betul nak berbual dengan atuk. Atuk aku waktu tu dah nyanyuk dan tidak punya penglihatan yang normal. Aku hanya lihat atuk dari jauh mulut macam ada emas yang berat aku pun tinggalkan rumah nenek sekali lagi. Beberapa hari aku ingat lagi waktu tu aku dah tido tiba2x aku dengar suara angah "long esok ko ikut ayah balik singapore, atuk dah takde" mata aku masih tertutup dan aku biarkan kata-kata itu. Bangun pagi mak pula tegur"long x kemas baju" aku jawab"nak pergi mana?" mak pun bagi tahu yang atuk dah takde jadi aku akan teman ayah dan kami tumpang angah jai dan abg amad. Perjalanan sunyi timbul penyesalan dalam hati aku kenapalah aku tak tegur atu kalau tidak sebelum ni mesti aku akan cium tangan dan pipi dia. Hanya tangisan didalam hati yang dapat aku dengar. Sampai je,jenazah atuk dah ada di bawah aku mengeluh x dapat tgk lagi. Sampai di tanah perkuburan Ustaz tanya siapa nak lihat jenazah buat kali terakhir.Alhamdulillah dapat juga aku lihat wajah atuk. Walaupun air mata dah kaburkan penglihatan aku. Esok ayah, angah jai dan abg amad bergerak balik aku tggal di Singapura untuk beberapa hari lagi dan malam lusa genap 40 hari arwah nenek tinggalkan kami dan 3 hari atuk pergi.Kehilangan yang berturut.

Dan tanggal 17 November berita kehilangan adik sahabat aku dikahabarkan kepada aku. Sedih juga kerana cara ajalnya dia dilanggar lori pasir dan isi otaknya tercampak 10 meter dari tempat kejadian. Arwah baik dan sepanjang aku kenal dia dan kakaknya tidak pernah ada percakapan yang tidak elok dari dia. Hari ni genap 4 hari pemergiannya. Dia seorang perajurit muda(tudm)malam penggebumiannya ramai yang datang walaupun waktu tu jam dah lepas 12.00 tengah malam. Sempat juga aku lihat wajahnya buat kali terakhir kesan calar masih ada disebelah kanan muka arwah walaupun begitu muka arwah nampak mcm orang tengah tido. Pengebumiannya penuh dengan adat istiadat ketenteraan. Dan semalam aku serta yana temankan keluarga Arwah kami tido dirumahnya. Kesedihan masih terasa di hati masing2x, tapi kami menyorokkan kesedihan itu dengan sedikit gelak ketawa. Semoga roh Jazli di cucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan mereka yang beriman.

Dan aku masih menanti saat kematian untuk aku kelak,moga sempat aku menggucapkan kalimah Allah s.w.t dan mati dalam islam. Amin Ya Rab...

Monday, August 27, 2012

POST 2

Sambungan dari POST ...dan sekarang dan 10 syawal ok..kehidupan selepas balik dari umrah memang banyak la dugaannya, bila kita nak berubah kepada yang lebih baik ada pulak yang tak puas hati. Biasalah budak2x yang masih tak berapa nak matang ni..Paling x blh blah siap ngumpat aku dalam f/b n yahoo msgr.Mula2x tu ada gak tak puas hati siap aku tunjukkan kat Bos. Tapi bila difikirkan betul gak dari aku layan diorang lebih baik aku perbetulkan diri aku. So lantak la diorang dan setelah itu hidup aku berjalan seperti biasa 2 kali naik gaji. Walaupun x sebanyak yang diberi pada staff kesayangannya aku tetap bersyukur. Alhamdulillah....

Cerita member2x plak..Heidi muncul kembali si budak kecik yang selalu pau aku n bebudak pompuan lain waktu skolah..20sen je..tapi banyang kan 10 orang kasi dia 20 sen amount RM 2.00 ringgit ok..Kita org selalu lepak luar.(aku,jun,heidi,faj) kalau x pun dia ngan (intan/una dll). yang aku heran tu semua wanita yang single ni duk mengharap pada dia(kecuali aku sbb aku angap dia cam adik aku dr sekolah lagi ok)apa la hensem sangat dia atau mungkin kebanyakkan dak laki geng sekolah kita orang hanya dia je kut blum kahwin(sebab dia rapat ngan kawan2x tu yang dioarang tangkap leleh)aku pun naik rimas.Yang merimaskan aku cik Wahida tu suruh tanya yang heidi ni dah ada gf ke apa ke(obses gila dia ngan heidi)aku rasa dia x tau la yang heidi tu suka kat Intan.Itu lagi satu si Intan ni boleh la jual mahal..kan bagus dia couple ngan heidi ni budaknya baik,bertangungjawab yang paling penting katek sama hahahahah. Ada lagi kawan aku yang obses gila ngan Heidi(Husna) Gila kentang mereka ni..apa pun lantakkan mereka.ok cau Aku nak lunch..see next post..

Monday, August 13, 2012

Post




As Salam...
Dah lama aku tak coretkan rasa hati dalam blog kesayangan aku
ni. Bukan apa kerja membataskan segalanya dengan kehidupan yang
terus mencabar tahap kesabaran. Hanya dengan Iman yang masih
ingin aku kukuhkan dapat membantu aku untuk menyelusuri harihari yg bakal dilalui dengan tanda tanya.

Umrah
Awal tahun ni (bulan mar) aku dapat tempat untuk menunaikan
ibadah umrah. Perasaan gembira hingga tak terkata aku dibuatnya
bukan apa dalam usia yang muda ni dapat juga aku menjejakkan
kaki ke tanah suci. Tetapi perasaan
takut,cemas,bimbang,sedih,gembira n suka dah jadi rojak dlm
hati aku ni.Bukan apa aku ni nakal sikit kan?tapi, nenek uda
kata solat jgn tggal kena ikhlas buat solat
taubat.Alhamdulillah aku sempat buat cuma x belajar betul2x
lagi sebab masa yg suntuk.Dengan berbekalkan ilmu yang tak
seberapa ni tanggal 6 mar 2012 bermula pengembaraan aku
mengadap redha ilahi.Bila aku tengok beberapa muka yang aku
kenal rasa x berapa janggal la sangat.Bila time nak berangkat
tu aku terus call mak n ayah. Minta maaf, halalkan makan minum
manalah tau lepas tu x dpt nak jumpa kan..Tiba di Airport
Jeddah kitaorang terus menuju ke Medinah bermalam disana 3
malam pengalaman sangat indah ketika aku berada di depan Makam
Rasullah terasa seperti dia bersama kami, setelah itu kami
bersama-sama bersolat diRaudhah salah satu dari taman
syurga.Tanpa disedari air mata taubat ku semakin deras.

Alhamdulillah aku dapat solat 2 malam berturut-turut.Tiba masa
kami ke Makkah. Selamat tinggal YA RASULLULLAH moga aku dapat
ke sini lagi bertemu dengan mu. Perjalanan ke Makkah mengambil
masa selama 6 jam. Bermikat di Bir Ali,kemudian berhenti makan
tenggahari nasi arab ikan goreng sebelum ni aku dengar orang
cerita tapi kali ni aku yang merasa sendiri.Tiba di Makkah kami
naik ke bilik mulanya aku dengan Along Detri,Kak Long Ezura,Kak
Mimi dan Kak Zaijirwati. Tapi pengalaman Mama yang susah nak
kejut aku membuatkan Mama ajak aku tido sekali bersama dia dan
Kak ana, aunty lili, aunty noraini. Jadi kami lima orang sama
macam kat Madinah. Setelah itu kami terus untuk menunaikan
Ibadah Umrah. Perasaan kembali berkecamuk macam2x ada. Bila
pertama kali aku dapat melihat Kaabah aku terus menangis
kebetulan Kak gee pun ada buat aku lebih sedih. Aku bagai tak
percaya aku berada betul depan Kaabah mengelilinginya seperti
Rasul ku beribadah. Terasa sayu hati ini.Aku dapat buat 3kali
umrah dan sekali tawaf sunat.Bermacam pengalaman ku ketika
disana akan ku simpan sebagai kenangan terindah. Kena pindah ke
hotel lain dan bergegas-gegas keluar. Kak gee n aunty Lili yang
kena tinggal dengan aku.Semua akan menjadi pengalam berharga
buat aku. Allah jemput aku lagi ke sana. Kali ini aku harap
denga keluarga ku

Thursday, January 19, 2012

End of Flowering Heart!!!

Hai nama pun perempuan hati ni tersangat la senang cayak kan..
Seronok sangat semalam jumpa scandal lama. haih walaupun x hensem tapi dia agak Chinese look..so aku dulu terpikat ngan dia sebab rupa dia...
Ye la aku ni kan akan kicap cair sikit so lawannya dengan yang putih melepak macam kapur..aku mssg dia dari fb..pas tu aku tak kasi salam terus belah sbb nak jumpa member aku..so tak aspect ttg dia lsg..tengah aku duk lepak phone berbunyi takde nama just no. je..rupanya scandal aku tu td..ajak lepak minum... Aku pun yak tersangat kuat berangan ni pun ok setuju..dalam perjalana nak ke kedai lepak tu..Chis boleh teringat plak masa sama2 kerja ngan dia dlu.
1st memang aku x suka ngan dia pun sebab aku ngan dia ada pertalian saudara.Tapi bila dia kata dia suka perempuan sebab aku ni suka bercakap dia plak pendiam..Aku pun terberanggan la masa tu. Tapi aku cepat2x tarik balik perasaan tu..sebab dia muda dari aku tok...end up lepas tu dia berhenti kerja. Tapi pertalian saudara takan padam kan..huh bila hari raya dia ngan family dia pun dtg rmh aku..so still boleh cuci mata kan. Hurm smalam lama gak aku lepak ngan dia macam2x cerita n harap dapat jumpa di lagi....

Tuesday, January 17, 2012

Hangin

Adoi sengal la pihak gov ni..pagi2x bikin aku naik angin...
mood x elok hari ni sesiapa je kena marah kalau bikin hal....
aku dah cakap memang ngan bidah syikin ni confirm masalah la booking aku ni....
Macam x pernah wat booking plak kan skit hati aku...
sabar...sabar...sabar....................